BUDGET ALLOCATION FOR OPTIMAL PERFORMANCE OF A UNIVERSITY THROUGH ADJUSTED-PROGRAM-BUDGET MARGINALANALYSIS

dc.contributor.authorMaijamaa, Bilkisu
dc.date.accessioned2023-12-14T08:16:35Z
dc.date.available2023-12-14T08:16:35Z
dc.date.issued2019-03-01
dc.description.abstractSesuatu perancangan strategik yang dibangunkan oleh universiti-universiti di serata dunia, termasuk di Malaysia, digunakan sebagai indikator utama kemajuan menggunakan petunjuk-petunjuk prestasi utama (KPIs) dalam mencapai dan memperlengkap universiti dengan cabaran keperluan pendidikan di alaf ini. Malangnya sesetengah universiti merangka strategi khusus bagi mencapai KPIs mereka tanpa mengambil kira kekangan sumber-sumber yang ada. Secara khususnya, kos dan kos marginal ke arah pencapaian KPIs kurang diberi tumpuan. Justeru, kajian ini mencadangkan pelaksanaan program analisis marginal bajet terlaras (PBMA terlaras), satu pendekatan yang digunapakai dengan sedikit pengubahsuaian pada PBMA yang sedia ada, untuk mengimbangi keduadua output kewangan dan kualiti secara telus ke arah peruntukan bajet sedia ada yang lebih baik bagi mencapai KPIs. Pertamanya, persamaan di antara langkah-langkah di bawah PBMA dan langkah-langkah yang telibat dalam merangka pelan strategik bagi sesebuah universiti dikenalpasti. Kemudian, beberapa pengubahsuaian dilakukan dengan mencadangkan penggunaan kos marginal dan analisis kos akibat bagi menggantikan pendekatan kualitatif sedia ada dalam menentukan keutamaan strategi, serta penggunaan model pengaturcaraan integer (Model IP) untuk proses pengagihan bajet. Hasilnya adalah satu cadangan model yang baharu iaitu PBMA terlaras. Untuk mengilustrasi kebolehgunaan model PBMA terlaras ini, satu kajian kes berkaitan agenda pembangunan pelajar di Universiti Utara Malaysia bagi mencapai tahap enam bintang dalam penarafan SETARA telah dilaksanakan. Enam model IP yang sesuai telah dibentuk. Keputusan optimum telah diperoleh, dibincang, dan dibuat perbandingan. PBMA terlaras ini adalah bermanfaat dan sesuai untuk organisasi-organisasi berorientasikan program yang berKPIs dan mempunyai bajet yang terhaden_US
dc.identifier.urihttps://keffi.nsuk.edu.ng/handle/20.500.14448/6296
dc.language.isoenen_US
dc.publisherDepartment of Statistics, Nasarawa State University Keffi.en_US
dc.subjectPBMA terlaras, Peruntukan bajet universiti, Model pengaturcaraan integer, Pelan strategik universitien_US
dc.titleBUDGET ALLOCATION FOR OPTIMAL PERFORMANCE OF A UNIVERSITY THROUGH ADJUSTED-PROGRAM-BUDGET MARGINALANALYSISen_US
dc.typeThesisen_US

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
publication 4.pdf
Size:
1.63 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
Thesis
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description: